Diogo Jota

Diogo José Teixeira da Silva (lahir 4 Disember 1996), dikenali sebagai Diogo Jota merupakan seorang pemain bola sepak profesional Portugal yang kini bermain sebagai penyerang untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan pasukan kebangsaan Portugal.Beliau mula bermain dengan kelab Paços de Ferreira dalam tempoh dua musim di Liga Primeira sebelum masuk ke kelab La Liga, Atlético Madrid pada tahun 2016. Jota dipinjamkan berturut-turut kepada kelab Liga Primeira, FC Porto pada tahun 2016 dan kelab Kejuaraan EFL Inggeris, Wolverhampton Wanderers pada tahun 2017. Jota juga membantu Wolves mendapat promosi ke Liga Perdana Inggeris buat pertama kalinya sejak tahun 2012. Beliau kemudian bergabung dengan Wolves pada bulan Julai 2018 dengan perjanjian tetap berjumlah €14 juta yang dilaporkan dan terus membuat lebih dari 100 penampilan untuk kelab tersebut. Pada bulan September 2020, Jota menandatangani kontrak bersama Liverpool dengan bayaran yang dilaporkan bernilai €50 juta (£41 juta).[2]Jota adalah bekas pemain antarabangsa belia Portugal yang mewakili negaranya di peringkat bawah 19, bawah 21 dan bawah 23 tahun.

Diogo Jota

2016 Portugal B23
2018–2020 Wolverhampton Wanderers
2020– Liverpool
2017–2018 → Wolverhampton Wanderers (Pinjaman)
2014–2015 Portugal B19
2014–2016 Paços Ferreira
Tarikh lahir (1996-12-04) 4 Disember 1996 (umur 23)
Kelab terkini Liverpool
Nombor 20
Nama penuh Diogo José Teixeira da Silva[1]
2016–2017 Porto (Pinjaman)
2013–2015 Paços Ferreira
2005–2013 Gondomar
2016–2018 Atlético Madrid
Posisi permainan Pemain sayap / Penyerang
Tempat lahir Porto, Portugal
Tahun Pasukan
2019– Portugal
Ketinggian 1.78 m (5 ka 10 in)
2015–2018 Portugal B21